If i can help you, would you be interested in any of these below: Lose weight Gain weight Improve skin problem Increase sports performance Improve health condition Earn extra income
Your name:
Your email address:
Where do you live:
Your phone no:
Your occupation:
Do you have extra information that would help me in guiding you?
If you have any question about the program, please drop it here:
Create a web form here

Tuesday, 23 April 2013

raja.hilang.jari

Bismillah


Entry kali ni mgkin berlabel motivasi :)


'Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan'- Surah Al-Insyirah,ayat kelima


Korg pernah x bersyukur kalo ditimpa kemalangan/musibah/malapetaka/penyakit?? Contoh, korg demam, apa yg korg buat? Ada x korg g buat sujud syukur atau ucap 'Alhamdulillah,aku demam' :) Pasti x, sbb ak sendiri pun x. hehe. Kalo ak demam, mesti ak duduk diam, mkn shake bnyk2 and bnykkan berdoa supaya sembuh, tu je. Ak pasti, korg pun sama. Kan?


Baru2 ni,ak ade beli satu buku, tajuknya 'The Law of Universal Attraction'. Ak suka sgt buku ni sbb dia mengajar ak utk menjadi insan yg lagi baik.


Katanya, syukur itu harus, walaupun kita ditimpa musibah. Mula2, ak pun xfaham, cane nk syukur bila kita ditimpa musibah?? xkan la bila diri kita tetibe ade kesulitan, contohnya, tuan umah sewa nk naekkan sewa umah, kite ckp 'Alhamdulillah,syukurrrr tuan umah nk naekkan umah sewa' Huhu. ak mmg btul2 xfhm. Tp, cbe korg ahayati cerita ni;


Kisah Raja Yang Terputus Sebatang Jarinya

Disebutkan cerita, ada seorang raja yg hidupnya suka menyelami perasaan rakyat jelatanya. Disebabkan sifatnya itu, pada suatu hari dia cuba membuat kerja2 berat mggunakan alat2 seperti gergaji,penukul,paku dan pahat. Tanpa disangka, dia terpotong jarinya sendiri. Ketika rakyat jelata dtg melawatnya, penasihat beliau cuba mmberikan nasihat kpd raja itu supaya bersabar dan apa yg berlaku pasti ada hikmah. Raja itu berasa marah krn dianggap penasihat itu tidak merasakan apa yg dirasai olehnya. Dia sudah cacat, masakan lg penasihatnya inginkan dia bersabar. Penasihat itu dipecat dgn serta merta. Beberapa bln berlalu, beliau ingin mengembara ke dlm hutan krn ingin menghiburkan hatinya yg sedih. Beliau bersama beberapa org suruhannya msuk ke hutan dan sekali lg kejadian malang berlaku, mereka terjumpa dgn kaum org asli lalu mereka semua ditangkap dan dijadikan korban orang2 asli tersebut, kecuali, Raja itu seorang shj. Kenapa? Hanya krn beliau cacat, beliau dianggap tidak layak menjadi korban. Beliau pulang ke istana dgn suka hati, kini beliau sedar akan hikmah jarinya yg putus. Sekembalinya beliau ke istana, beliau memanggil kembali penasihatnya dan bercerita tentang hal itu. Beliau menyesal memecat penasihatnya dan beliau mengambilnya bekerja kembali. Beliau kemudian betanya, 'Hai penasihat, kalau ak hikmahnya begini, apa pula hikmah ak memecat engkau?' Dgn tenang dan tersenyum, penasihat itu menjawab, 'Kalau tuanku tidak memecat patik, pasti patik pun menjadi mangsa korban orang2 asli, wahai tuanku'. Raja itu tersenyum :)


Korg fhm x? :) sbb tu, Allah trunkan ayat Al-Insyirah kelima tu. Sbb setiap kesusahan yg Allah trunkan tu, ada kebaikannya. Cuma kita sebagai hambanya, xnmpk. Sbb tu, bg setiap kesulitan kita, kita harus bersyukur. Allah tu kan Maha Pencipta kita, pasti dia tahu yg lg baik utk kita. Kdg2 Allah xmakbulkan doa kita, sbb Allah sudah tahu, bukan itu yg kita perlu. 


Allah hanya bg apa yg kita perlu, bukan apa yg kita hendak.


Allah kan Maha Mengetahui, jadi kenapa kita xnk bersyukur dlm setiap apa yg Allah jadikan. kdg2 Allah jadikan kesusahan sbb dia rndu nk dgr suara kita meminta2 dr Dia. Kenapa? Cbe kalo korg dpt bonus? korg buat apa? Shopiiiinggggggg!! Gembira gembiraaaa!! kannn?? Kalau kita skit? Duduk kt rumah diam2, dan berdoa. Jadi, logiklah, kalau Allah rndukan kita, dia dtgkan ujian cket kt kte, nk dgr kite doa kt dia. :) Oleh itu, jom lps ni, dlm apa jua keadaan yg Allah bg kt kte, kte syukur setinggi2nya kpd Allah S.W.T :)


Untuk menguatkan lg rasa syukur ak kt Allah, ak buat buku ni;




Setiap hari, ak akn tulis dlm buku ni 5 hingga 7 perkara yg mmbuatkan ak syukur setiap hari :) Alhamdulillah, dh 2 hari konsisten, Doakan ak lbih konsisten ye! Korg nk join jugak? Jom! :)


Okay tu je, jmpa lg! :)


Sunday, 7 April 2013

makanan.pelik

Bismillah.


Hari tu ak ade post entry pasal perangai pelik ketika ak mengandung kan? Kali ni, ak nk post pasal mende pelik jugak, tp makanan pelik.


Makanan pelik??


Kalau anda seorang ibu/emak/mama/bakal ibu tentu pernah rasa mende ni


Mengidam.


Hehe.


Ak disahkan mengandung sebulan selepas ak kawen dan usia kandunganku ketika tu dh 4mggu. Bahaha! Laju! Ekspress punya, tarak kasi can! Hehe. Bunting pelamin katakan. Hoho. Mungkin sbb ak dh lama amalkan nutrisi Herbalife, subur. Hehe. Syukur


Tp tu bukan point ak. Point ak, nk cte pasal mende2 pelik yg ak mengidam.



1.Nasi goreng

Haaaaaa,xpelik lgsung kannnn?? hahaha. Mmg la nasi goreng tu tidak mjadi sesuatu kepelikan tp cbe korg amati suasana ni. Kul 1pg, Encik Suami tdur nyenyak sudah. Tetibe, ak bgn dr tdo, kejutkan suami aku, 'By,nk nasi goreng!' Kul 1pg kottt! Suami ak sedar xsedar je terus cakap, 'Okay,boleh2, esok ea kita beli' Reaksi aku?? Menangisssssssss!!!! macam budak yg xdpt beli mainan kt kedai tu. Ak nangis teresak2, air mata mencurah curahhhh. Mcm sedihhh gile perasaan ak time tu. Ak ckp kt Encik Suami, 'Nak nasi gorenggggggg, nakkk' Adoy, Encik Suami ak pun pelik ngn perangai ak tu. Tapi dia terus bgn, kain pelikat pun kain pelikat lah, strt moto, cari nasi goreng. Hehe. Seb baek ade. Fuhhh!


2. Ais Krim
Yesssss, yg ni pun xpelik jugak. Tapi, yg menjadi kepelikan nya ketara adalah... Jeng jeng jeng. Pada suatu pg, ak bukak mata je, lps bgn tdo, dlm kul 7pg cenggitu, Encik Suami ak pun bru2 nk bukak mata. Baru jeeee celikkk ni, tetibe, keluar dr mulut ak, 'By,nk aiskrim!' Melopong suami ak! 'Aik?awak mmpi aiskrim ke apa ni? Pagi2 lg mntk aiskrim?' dan yg paling kelakar, ak siap ckp, nk aiskrim yg ade biji2 mcm kacang, boleh gigit2 tu, yg bila kite mkn boleh rasa krupp krupppp tuuuu. Hahaha. Gtaw je la nk yg mahal, Cornetto kan??? Hahahaha. kelakar2. Dpt gak aiskrim tu, seb baek 7e bukak 24jam. Haha














3.Susu Lembu

Haaaaaa,kenapa ak letak 2gamba??? Alkisahnyaaaa pasal susu lembu ni,cenggini. Pada suatu hari, ak mntk ngn Encik Suami ak, "By,hmmmmmm,kenapa la rasa mcm nk mnum susu lembu je ni?' Berkias2 dlu ngn Encik Suami. Encik Suami ak yg dh paham sgt tu, ckp, 'Okay,nnty sy g beli'. 'Susu lembu yg full cream ke low fat?' Ak ckp, 'Hmmmm, mcm nk yg full cream, alaaa, yg ade gamba lembu tu. Sedap agaknye kan by?' Ak sebenarnya jarang sgt mkn susu lembu full cream, ak suka lowfat punye. Buat Shake Herbalife pun, ak pakai lowfat. 'Ha,yelah' jawab Encik Suami. Maka, dgn serta merta, dia g ke kedai beli susu. Nk dijadikan cerita, kt kedai tu, ade pulak 2 brand susu lembu, mcm yg kt atas, 1,dutch lady. 2,marigold. Hah, sudah. Encik Suami ak dh konpius. Maka Encik Suami ak, buat tindakan bijak dgn mmbeli kedua2nya. Taraaaaaa! korg nk tawu apa yg jadi??? Ak mmg minum yg ada gamba lembuuuuu je! Ak pun xtahu knp, rasa dia sama je xsilap ak. Tp, ak dh kata, nk yg ade gamba lembu, mmg yg tu lah ak mnum kan. Yg 1 lg?? Pandang pun xingin! Hahahahaha,pelik pelik.


4.Telur penyu


Ha, yg ni boleh dikatakan paling pelik atas dunia! Haha. Mengidam telur penyu. Nasik baek lahhhh, ak ni duk kt Terengganu. Kat pasar Dungun ni je pun dh boleh cari, tp boleh thn lah harganya, 3biji RM10! hehe. Encik Suami ak belikan 6biji semuanya, Ak rebus, dan mkn sorang2 dlm bilik! Bahahahaha! Sedappppp! :D


Kalo nk diikutkan,bnyk jugak lah ak mengidam sampay ak lepas 3bulan pertama. Aiskrim jagung, kuih muih tradisional, buah cermai, mcm2 lah. Tp 4 mende yg ak cite ni mmg ak xleh lupa. Hehe.


Kpd suami2 di luar sana,bakal2 suami, kalo isteri mengidam, ni antara tips2 yg ak boleh share;
1.Jgn delay! Dia ckp je, trs kene g cari. Pukul 4pg ke, 2pg ke, xkesah la pukul brp pun, korg mesti kene g cari masa tu jugak.
2.Cari betul2 ikt apa yg dia ckp dia nk. Kalo dia nk yg ade gmba lembu, mesti beli yg ade gamba lembu. Kalo xde jugak, korg pandai2 la lukis.
3.Jgn kisah sgt harganya. Kalo mende tu mhl sekalipun, sekali sekala apa slhnye. hehe
4. Jgn pernah give up kalo xjmpa. Mcm telur penyu ak tu, tggu 3hari bru dpt. Tp selagi xdpt, selagi tu lah bini2 kamu akn mengidam. Jadi,berusahalah! :)


Okay, tu je entry utk kali ni :D Kpd Encik Suami, betapa bsr pengorbanan awak, Terima kasih! :)


Gamba lama, honeymoon :) 

Sunday, 31 March 2013

geli.geli.perut

Bismillah.


Weeeeehoooooooooooo!




Korang pasti penah tgk katun Spongebob kan? Ha, mcm ni lah rupa ak, bila ak dpt tau perkara ni. Korang nk tawu apa??


Rasa geli perut.


Apa?


Geli perut?


Baby tendang!


Subhanallah. :)


Rasa mcm xleh nk ungkapkan perasaan seorang wanita, bila first time rasa baby tendang. Hehe. Ceritanya;


Kul 12.30mlm.
Aku dan Encik Suami, buat kerja biasa lah, selepas pnt seharian berbisnes, lepak2 dpn tv. Bila ak dh ngntuk je, ak mengiring ke kiri, peluk bantal dan berhajat nk lelapkan mata. Encim Suami lak g dapo. Tetibe,


Dapp!


Konfius.


Kenapa perut ak geli geli ni??


Dukkkkkkkk!!!


Dgn kuat sekali! Ak pun apa lg, 'Byyyyyyyyyyyy!!!!!!' Jerit kuat2 pggil Encik Suami. Encik Suami ak lari mcm nmpk hantu dr dapo, tnya, 'Apa? kenapa???' Disebabkan ak xpasti, ak hanya sengihhhhh mcm spongebob kt atas tu dkt suami ak. Suami ak lg laaaa konpius. 'Dh awak ni kenapa, sy igt ada pape, pnye la sy lari laju2, dtg cni, just nk tgk awk senyum mcm kerang busuk je???' Encik Suami ak dh strt nk membebel. Ak dgn lajunya potong line dia sebelum dia buat khutbah Jumaat kt aku, 'Baby tendang!' Melopong suami ak. 'Yekeeeeeeeee????' semangat dia letakkan telinga dia kt perut ak. ada la dkt 5mnt dia buat cenggitu. Tp, baby diammmmmmm je. Akhirnya Encik Suami give up. Hehe.



Ha,mcm ni lah gaya ak tdo mlm tu. Haha. Sengih sampay ke telinga :)


Syukur, now dh dkt 5 bulan, lg la kerap dia tendang menendang, Yg ak sgt perasan, dia teramatlah aktif bila;
1.Aku mkn shake. Suka sgt shake strawbery and tropical! hohoho
2.Ak tgk kartun. ak pnh ptg2 rehat dpn tv smbil tgk dora the explorer dgn katun diego tu. masa tu Ya Allah, mcm menari2 kt dlm perut. Haha. Suka tgk tv agaknya baby ni kan. hehe


Alhamdulillah.


O Allah, kurniakanlah tahap kesihatan yg baik kpd ku dan bayi ku. Jadikanlah dia bayi yg sempurna fizikal dan mentalnya. Sihatkan lah dia sebagaimana hamba2Mu yg lain O Allah. Jadikanlah dia anak yg baik, cantik, mendengar kata, anak yg tidak pernah ingin ingkar akn segala suruhanMU, anak yg suka utk membuat segala sunnah2 NabiMu, anak yg taat kpd kepada kedua ibu bapanya. O Allah, jaohkan lah kami bertiga dr sebarang niat2 jahat jin, syaitan dan manusia, jaohkanlah kami dr sebarang musibah, malapetaka dan penyakit O Allah. Kpd Engkau shj lah tnpt ak berlindung.


Ameen.


Ak bersyukur krn setakat ni,ujian ak xbesar. Dikesempatan ini, sy mntk semua utk doakan yg terbaik buat sahabat baik sy yg bru shj kehilangan bayi di dlm kandungan. Allah ada perancangan yg lg baik, InshaAllah.


Wassalam.


Sunday, 24 March 2013

makan.racun

Bismillah.


Selamat pagi! :)


Hari ni punye entry xtahu nk labelkan apa. Huhu. Masalah epidemik global kot. ;p


"You are what you eat"


Atau dalam bahasa melayu nye, Kita adalah apa yg kita makan.


Aku tgk sekarang, masalah obesiti/lebih berat bdn dlm kalangan kita makin menjadi2. Agak2, kalo yg turun bas tu ade dlm 10 orang, pasti 6/7 org yg terlebih berat. Hampir 75% . Kalo ikut statistik tu ak xtahu la sbb ak mmg xpandai nk search2 pasal statistik ni.




Ha, adohai. doktor bg nasihat utk org2 trn kan berat bdn tp, doktor sdiri pun 2x5 jugak. Hehe. Bukan nk ckp semua doktor mcm ni, tp ade yg segelintir mcm ni, kalo kt tmpt ak pun, misi(nurse,kt cni ak pggl misi,hehe) yg cek gula dlm drh tu pun same jugak dgn pesakitnye, cek gula dlm drh 2x smggu jugak. Huu.


Risau.


Sape yg x risau kan? Sekarang, budak2 umo 12 tahun pun dh ade yg obesiti.



Mana x nye, sindrom fast food sekarang menjadi jadi And ak tgk, xtahu la sbb faktor fast food ni mahal ke, faktor fast food ni susah nk dpt, ataw mgkin faktor fast food ni sedap, ramai parents yg menggunakan sistem 'reward' tanpa menyedari yg dorg sebenarnya tgh contribute towards anak2 dia utk jadi obese.

Situasi 1
Anak umur 8 tahun, sdg menduduki exam akhir tahun.
Anak: abah. kaklong nk dpt A dlm bahasa melayu.
Abah: wahhhhh! yeke?? okay,kalo kaklong dpt A, abah reward kaklong mkn McD!
Anak: yayyyy!

Secara x langsung, somehow kite telah develop satu perasaan bahawa Fast Food tu sesuatu yg diagung2kan kpd anak2 kite. Kenapa kite x reward Basikal ke? Buku ke? Ataw something yg mgkin anak kite akn enjoy like Music Class? Self-Defense Class? Much better kan? Hmm


Anak ni, adalah menjadi tugas kite utk mencorak. Kalau dr kecik kite ajar all those Junk Food tu sedap, something tht is so good tht it could act as an reward, superbly best, mmg mcm tu lah anak kite bile besar nnty.


Tu baru bahagian kanak2, cbe tgk bahagian remaja2 kita pulak. Ramai sekarang, yg kahwin tp susah nk conceive. which i think, most of them probably because they are obese. Mgkin xsemua, tp ramai yg mghadapi masalah ni. Pada pendapat aku, number 1 major cause is;


Excessive food intake
Mmg terlebih2 makan. and mknan pulak, low in nutrition, high in sugar. Hmmm. Yg kedua, yg ramai org xsedar is;

Skipping breakfast 
Orang xtahu bahawa skipping breakfast is soooooo not good. Tp ramai org buat sbb xckup masa. Tp bila breakfast pulak, ambik mkanan yg not healthy. Hmm


Ak rasa tu la punca utama masalah global sekarang. Kalo dlu, pg2 org mkn lempeng sekeping, pastu g membajak sawah padi, makanan pulak semuanya organik, mostly bebas racun, xde cucuk2, sekarang 20 kali ganda beza nya, Ak pernah jmpa sorg makcik ni, yg nk strt prgram dgn ak, katanya 'makcik ni xtahu dh nk mkn apa, kt luar tu, semuanya racun!' semangat dia ckp



Ala2 cenggini la kn semangat nye, tp beza nya makcik tu pakai tudung lah. Hehe

Sekarang, org makan roti canai, tp bukan g membajak sawah bagai, g keje dlm ofis yg ade aircond lg. haiii, mana la x tmbh fat kan. kalo x roti canai, nasi lemak. kalo kt tmpt aku, nasi dagang. hadoyyyy. Bg aku, kesihatan ini adalah anugerah yg xterkire habatnya, Cuba kalo kene sakit perut cket, ya Allah, xleh nk duk diam dh kan? tu bru sakit prut. kalo kene yg lg berat mcm mana? so, jagalah kesiahatan, It is never too late. Baik strt sekarang dr xstrt2 smpai bila2 kan? :)


Anyway,tu saje utk entry kali ni, panjang cket tp insyaAllah memanfaatkan semua. Okay, jmpa lg next entry! :) Btw, sape2 nk strt prgram, please lemme know. isi borg tu je. Utk tahu maklumat prgram pun boleh. Sy jurulatih bertauliah,jgn rsaw. hehe :D


Salam.


Thursday, 21 March 2013

perangai.pelik

Bismillah.


Hari tu entry pasal kawen kan? Kali ni entry pasal kehidupan lepas kawen. hehe


Sounds sgt bosan kan? Bahaha.


Anyway, korg pernah x rasa mcm ni?


"Dulu ak rasa xde pun perangai gini, sekarang kenapa ak jadi cmni ea?"


Haaaaa, penah x? Haha

Aku ade! ak nk cerita pasal perangai perangai pelik ak bila dh jadi isteri orang ni. Perangai yg sebelum ni xde pun, tp lpas kawen, bru develop. Ataw mgkin ak yg xsedar sebelum ni ak mmg dh ade perangai2 ni, tp bile kawen bru sedar. Kihkih


Antara2nya;

1. Suka basuh pggan
Hahahaha. Mmg ak mengaku, kalo dlu, mmg ni lah antara keje rumah yg paling ak xsuka. basuh pggn. Habesss kasar tgn i taw u~~ Bahaha. Xde lah, mmg ak jenis xsuka bsuh pggn dlu. Kalo kt rumah ibu tu, boleh kire lah bpe kali sebulan ak tlg ibu bsh pggn. Seb baek la laku gak~ =_'= Tapi, lepas kawen ni, mmg xley nmpk pggn kotor cket dlm sink, terus basuh, jarang la tggl. Ade jugak tggl, tp bile ade masa+kudrat je,ak terus basuh. Huu. Kalo dlu, mmg jaoh panggang la dr api. Haha. Ini perangai biasa2 je, ade lg


2. Membebel
Agaknye,semua isteri akn develop ke perangai ni?? Haha. Kalo mase ak kt Uni dlu, ak rasa ak ni xde la kuat bebel. boley dikategorikan sebagai pompwan yg biasa2 je la. Ke sbb ade kwn ak yg lg kuat mmbebel menyebabkan ak dikategorikan sebagai org yg kurang cket mmbebel? Adoyai, konfius sudah! Tp,mmg ak perasan lah, bila dh kawen ni, membebeeeeeeellll aje. Suami letak baju merata, membebel. Suami buat sepah cket je, membebel. Adoy, ni mmg tabiat yg kene ubah. Pasni dh tekad, nk bebel cket2 je. Hehe. Time kasih Encik Suami sbb saba ngn kite! ;) 


3. Yg ni mmg sgt lucu, berdengkur! Haha!
Yessssss! Dulu, ak xpnah hayat hidup bdengkur bila tdur. Kire ak ni jenis yg senyap je bila tdur. Xbnyk bergerak pun. Kalo ak tdur mengiring, mmg bgn pun mengiring lah. Tapi, sekarang! Haha. xyah cite lah. Tp, masa mula2 Encik Suami ckp mcm 2, ak dgn macho nye ckp 'Eh,mana ada. sy xpernah dengkur taw time tdur' Rupa2nya, Encik Suami ada rancangan yg paling kejam atas dunia. Video Recording masa ak tdo!! Haha. Mase tu, mmg kami berdua gelak bagai nk pecah perut bila tgk balik! Siap hentak2 kaki ke lantai. Mmg lawak gile lah. Tp besok mlm nye, ak delete terus!! Hahaha. Ak pun xtahu la knp, tp bile tnye org yg lg tua, dia ckp penat sgt tu. sbb bkn setiap mlm ak buat aktiviti berdengkur ni,ehem~ Mgkin jugak. Pnt buat kerja sekeliling rumah+penat berbisnes+penat mcm2 lg. *ayat cover line. haha. 


Ok dh, tu je. xleh list bnyk2. nnty korg gelak guling2 lak. Haha.

Encik suami dh balik,nk suh dia baca+approve dlu. Baru boleh post. Agak2,kalo ade video ak tu, mesti dia upload. Yes,mmg lgkah baik utk ak delete video tu. Bahaha.

Ok bye! :)

Monday, 18 March 2013

nikah.kawen

Bismillah.

Subhanallah, punye la lama tinggal blog memblog ni. Dh lupe dh cane nk tulis blog. ahahaha. almaklum lah, buat2 sebok je memanjang. haha :) anyway,




HELLLLOOOOO DUNIIIIAAAAAAAA!

Ni bukan gamba baby sesape, jaoh lg aku yg punya. haha. ni just gambaran aku nk gtaw yg dh 9bulan ak xupdate blog ni. hehe. akhirnyaaa, update jugak. mcm baby ni la, 9 bulan bruuuu keluarrrrrr, hehe :D


Okay,back to the topic, kalo baby, dlm mase 9bulan, dia bnyk mmbesar, mmbesar dan mmbesar. ak pulak, bnyk yg happen in my life. up and down in bisnes, suka dan duka dlm hubungan, pahit manis dalam kehidupan,dan bnyk lg lahhhh! hehe. 


Last time ak update, ak masih lg seorang anak dara cantik yg cun melecun kan? bahaha. Skng, ak dh jadi isteri orang. Alhamdulillah, ak dh nikah dgn Encik Tunang yg sekarang ak panggil Encik Suami. hehe :D


NIKAH

Sape kate kawen sng?? mmg x sng lah, bnyk sgt dugaan nya. Kalo dlu, tgk gamba org kawen, rasa mcm nk kawen sekarang jugak! kann?? haha. tp bila dh kawen, thts ur real life begin :) Alhamdulillah, sekarang dh 4bulan lebih kami kawen :) tapi, bg sesape yg dh kawen, tahu lah betapa bdebarnya perasaan seorang perempuan yg ingin dinikahkan.



Aku yg tgh berdebar tunggu Encik Tunang lafazkan akad nikad untuk tukar title jadi Encik Suami :D

BERDEBARRRR WOOOOO!

Alhamdulillah, kami selamat diijabkabulkan pada 21.11.12. :) Sekali lafaz saje, syurga ak berpindah dr telapak kaki ibu ke telapak kaki suami. huuuu.






Dengan bermaskahwinkan 10 Dirham, aku dh sah menjadi Isteri kpd Encik Suami. Syukur :')

Melyari bahtera perkahwinan bukan sng, tp seronok! :D InsyaAllah, ak nk jadi mcm Saidatina Khadijah Khuwailid. Itu cita2 aku. Aku dgn suka hatinya nk menhabiskan entry kali ni dgn kisah Saidatina Khadijah dan Nabi junjungan kita, Nabi Muhaamad S.A.W. Saidatina Khadijah bercinta dengan Nabi Muhammad  S.A.W selepas berkahwin dan dikatakan cinta Nabi Muhammad kpd Khadijah begitu mendalam sehinggakan, setelah Saidatina Khadijah meninggal dunia, salah seorang sahabat Saidatina Khadijah, Nafisah Binti Muniyah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W,

'Ya Rasulullah, mengapa Engkau tidah menikah yang lain?'

Nabi Muhammad S.A.W menjawab sambil menangis.

'Masih adakah orang lain yang seperti Khadijah?'

:) Begitu mendalamnya cinta Nabi Muhammad S.A.W kpd Saidatina Khadijah. Jika Allah tidak memerintahkan Nabi Muhammad utk bernikah, maka pastilah Beliau xkan menikah untuk selama2nya.


Aku pun nak mcm ni :)

InsyaAllah.

Okay tu je, jmpa lagi! :)


Untuk gamba lg, boleh melawat ke facebook account saya, Mia Amira



Saturday, 12 May 2012

aku.dan.dia

Bismillah.

Hari ni nk cerita pasal  personal life. :)

Korang ada insan istimewa x? :)

Aku ada.

Encik Petunang namanya. :)

Okay, ak da tunang. Alhamdulillah, 10hb may ary tu cukup 2bulan kami bertunang. Tp, kali ni ak nk share journey pertunangan kami selama 2 bulan ni. Personal x? Personal kan? Hehe. Bukan apa, ak rse mcm nk menulis and ak xde diary, so i write it here :) hope korg xkesah.

Orang kata, bila tunang ni, drh tgh manis. apa pendapat korg?

Darah manis.

Ak xpernah faham apa tu drh manis. Xpernah jugak faham, kenapa org kata, bila dh tunang, akn bnyk cabaran, akn bnyk dugaan. Bg aku, cabaran? apa la sgt? kerjaya ak ni mmg penuh dgn cabaran. setiap hari ak bekerja dgn cabaran. pelbagai ragam manusia ak jumpa dlm kerjaya ak. so, bg aku, cabaran dlm hidup bertunang? apaaaaa laa sgtttttt!


Muka bejaya ak dlm hubungan kami 

Haha. Kerek kan baby ni? tp hakikatnya, mmg betul apa org kata. segala jenis CABARAN, DUGAAN yg dtg menguji kami. Korg sebut je, dr segi kerjaya (yg ak duk bgga2 sgt td tu kan), dr segi kewangan, dr segi mental(sekejap nk merajuk2, mende yg kecik jd besar), mcm2 segi lah cabarn tu dtg. yg paling lawak sekali, kadang2, Encik petunang ak ni balik keje penat2,xsmpt nk talipon ak, itu pown ak nk jd kan hal. haha. lawak. perangai pelik yg ak xde pown before ak tunang. ntah dr mana dtg. hehe. 

Itu mende yg mengarut. dugaan yg besar2 pulak, korg toksah cite la. mggu lepas, ak eksiden, habes remuk kete, walaupown xteruk, melayang la jugak rm1000. hoho. lepas tu, ada kemalangan besar kt tmpt keje Encik petunang, naseb baek dye x ada apa2. Subhanallah, besar sungguh ak rasa ujian ni. 

Tp bile ak pk, ujian ak ni, walaupown besar, sentiasa ade jalan penyelesaian, mgkin sbb Encik petunang ak ni, jenis yg sabar. Alhamdulillah :) kalo ak bukakkan mata ak luas2, pk balik, Subhanallah,syukur. Cbe kalo Allah dtgkan ujian yg lg berat, setengah org tu, smpy putus tunang. Mcm mana? Agak2 ak mmpu x hadapi ujian tu? hmmmm..mgkin x. Alhamdulillah syukur

O Allah.

Ak rse ak ni antara org yg bertuah. Terima kasih Encik Petunang. Terima kasih Allah.


Logik Akal.

Mmg logik la kan, Bila dh betunang, kita sedang bejalan ke arah penghujung yg sgt indah. MASJID. Membina masjid ni bukan senang :) Bayangkan, setiap perkara yg dibuat d dlm masjid ni, perkara yg diberi pahala. Suami tgk muka isteri, Allah bg pahala. Isteri senyum dekat suami pown, Allah bg pahala. setiap perkara disertai dgn ganjaran pahala yg berganda, logik akal la kan, nk berada dlm situasi ni, Allah bg ujian. nk test, hambaNya mampu ke x? bersedia ke x? :) So Allah, terima kasih :)

Dan kepada encik petunang, terima kasih jugak :)

Alhamdulillah. Setakat ni, ujian kami besar. tp xberat.

Itu je setakat ni,doakan kami hgga ke syurga. bukan setakat jinjang pelamin je, ameen.