If i can help you, would you be interested in any of these below: Lose weight Gain weight Improve skin problem Increase sports performance Improve health condition Earn extra income
Your name:
Your email address:
Where do you live:
Your phone no:
Your occupation:
Do you have extra information that would help me in guiding you?
If you have any question about the program, please drop it here:
Create a web form here

Sunday, 2 June 2013

rumah.terbakar

Bismillah

31 Mei 2013

Tanggal yang penuh bermakna buat kami.


Rumah mak mertuaku hangus dijilat api.


Sehelai sepinggang.


Jam 2.05pagi.
Ak tersedar dari tidur. Suami pun sama. Kenapa laaa rasa susah hati sangat ni.


Jam 3.55pg.
Kami terlelap balik.


Jam 6.50pg.
Ak bangun. Mandi. Solat subuh. Bersiap2 utk ke Fit Club Dungun yg mmg diadakan setiap hari Jumaat. Entah kenapa terbangun lambat hari ni. Mungkin sbb ak tersedar+xleh tdo mlm td.


Jam 7.30pg.
Sampai di Taman Dungun dan memulakan Fit Club kami seperti biasa.


Jam 9.00pg.
Bergegas balik sbb ibu+abah ada di rumah sejak hari Rabu lg kerana dtg melawat kami.


Jam 10.00pg.
Makan bersama keluarga sebelum ibu bertolak pulang ke Kelantan. Tiba-tiba, adik ipar ak call;
Lieza(adik ipar): Zalieee....balikkkk Zalie........balikkkkkk
Tut Tut Tuttttt. Telefon diletakkan.
Response suamiku? Diam. Dalam hati, kenapa pulak suara nya mcm dlm ketakutan. Suamiku ambil keputusan utk cll jiran sebelah(Ukie)
Zalie(Suami): Hello ukie..
Yie: Lie, balik Lie, rumah kau terbakar!!!!!!
Tut Tut Tuttttt. Telefon diletakkan.
Tanpa berfikir, kami terus naik kereta, bergegas ke rumah mak. Ibu+abah kami tgglkan dulu.


10.10pg.
Sampai di Che Lijah. Jalan Jem! Subhanallah, asap berkepul2. mulut kami xhabis2 beristighfar. kereta xdpt nk msuk ke lorong rumah mak. parking di jalan besar dan suamiku start berlari sambil air mata terjurai2.


10.15pg.
Api hampir 50% dh musnahkan rumah mak. sebak dh xtertahan lg. Api membaham juga 3buah rumah yang lain. Keadaan lg buruk bila, bomba kehabisan air! Dr jaoh, dgr adik iparku meraung 'rumahhhhh terbakarrrrrr!!! rumahhhhh terbakar!!!' Ak tabahkan hati,mencari ahli keluarga. Alhamdulillah, xde sebarang kemalangan jiwa. Cuma ayah mertuaku, melecur di belakangnya kerana ingin menyelamatkan dokumen2 penting seperti kad pengenalan, passport, surat beranak, dll. Tapi, xberjaya. Api terlampau kuat. Subhanallah.


11.00pg
Api membaham rumah kelima dan bomba bertindak menyedut air dr sawah padi di belakang utk menyelamatkan rumah kelima. Alhamdulillah, 50% rumah dpt diselamatkan.


12.00tgh hari.
Bomba mnta kami mencari brg2 berharga seperti brg kemas dan sebagainya. Sedih memuncak.


Keadaan berlarutan sehingga pukul 6ptg. Kerana terlampau bnyk keluarga yg terlibat, kami seperti tidak mahu meninggalkan rumah yg mmberi seribu pengertian kpd kami.


8.30mlm.
Kami ke pejabat polis utk report kehilangan dokumen dan nilai kerugian.


11.00mlm.
Letih.tp mata xmampu terlelap. minda bagaikan xpercaya semua yg berlaku. teringat kata2 abahku ketika memeluk suamiku. 'biarlah Dia. hak Dia. biar je Dia nk ambil semua. lepaskan. lepaskan. biarkan Dia ambil' 


Allahuakbar. berat sungguh ujianMu Oh Allah. namun kami redha. Kamu msih pjgkan umur kedua mentuaku dan memberikan masa utk kami berbakti kpd mereka. Alhamdulillah. Terima kasih Allah :')







'The bigger the challenge is, the bigger the success are,insyaAllah'
Allah,tabahkan hati kami

1 comment:

  1. Satu diantara beribu ujian dr ALLAH SWT... ALLAH menguji hambanya yg Dia sayang pastinya.. Lihat saja Nabi Ayub a.s dan rasul-rasul lain.. Bukan mudah membuang dunia dalam hati.. Buanglah DUNIA dan yg tersayang dalam hati kerana hati hanya milik ALLAH SWT...Sama2 kita minta pertolongan agar dipermudahkan segala urusan d Dunia dan akhirat...

    kita rasa susah...tapi ramai lagi org yg lebih susah... bersabarlah..!! mudah-mudahan kita semua menjadi org yg sabar..insyaALLAH.. HASANUDIN...ABAH&IBU

    ReplyDelete