If i can help you, would you be interested in any of these below: Lose weight Gain weight Improve skin problem Increase sports performance Improve health condition Earn extra income
Your name:
Your email address:
Where do you live:
Your phone no:
Your occupation:
Do you have extra information that would help me in guiding you?
If you have any question about the program, please drop it here:
Create a web form here

Friday, 14 June 2013

surat.untuk.papa

Bismillah.


Hari ni hari keempat papa di Bangkok. Entry kali ni puitis cket :)


Selamat Hari 'Papa', papa


Situasi1-Sehari berkahwin
Saya: Alhamdulillah, pnt jugak nk kawen ni. bnyk persiapan and xckup rehat rasanya nk tggu hari perkahwinan ni. fuhhh >_<
Encik Suami: Kalau mcm tu, jom honeymoon!
Saya: 0_0 *biar betul!
Sebenarnya kami plan ke Bali, tp cancel sbb musim banjir :) kami decide utk honeymoon jugak,walaupun honeymoon kami dkt je, tp TQ papa! :)


Situasi2-Seminggu lepas kawen. Berpindah ke rumah mentua.
Malam ketiga disana,saya nangis tersedu2.
Encik Suami: Kenapa nangis?
Saya: Rndu ibu,abah T_T
Encik Suami tgkkkk je sy nangis, pastu tepuk2 dada dia.
Encik Suami: Meh, nangis kt dada sy
Saya lg tersedu2 bila awak offer mcm tu. Tp entah kenapa, hati ni rasa lega cket ;) TQ papa!


*gamba censored. kene ltk gmba laen.hehe


Situasi 3-2 bulan lps kawen
Saya disahkan mengandung. Saya mengidam nasi goreng kul 1 pg. Awak dh tdur dh. tp awak bgn jugak carikan nasi grg utk sy. Saya mengidam mcm2, semua awk cari walaupun mkn masa 2,3 hari. Untuk selanjutkan, baca Entry ni. TQ papa!


Situasi 4-5 bulan lepas kawen
Kasut saya mcm dh xberapa muat. Sbb kaki dh strt mengembang. Malamnye;
Saya: Awak, boleh x tlg ltk mnyk kt kaki sy?
Encik Suami: kenapa ngn kaki?
Saya: Xde pape, lenguh2 cket 
Besoknye;
Encik Suami: Jom g Mirwana. Shopping brg utk kelab.
Saya: Okay!
Sampai di Mirwana;
Encik Suami: Pilih la kasut mana yg awak nk :)
Saya: *diam smbil snyum2
Walaupun xde brand, xmahal bagai, tp TQ papa!!

*gambar sekadar hiasan


Situasi 5- 7bulan kawen
Baby dh msuk 7bulan jugak. Sakit2 blkg+xlena tdo makin kerap berlaku. Dh jadi rutin harianku utk sapu mnyk2 di blkg bdn, kaki, dan betis. Satu mlm;
Saya: Awak dh solat Isya'?
Encik Suami: Dh
Saya ambik mnyk utk ready sapu2 mcm biasa. Tetibe, awak dtg and ambik mnyk dr saya. Tangan awk pantas mmbuka tutup mnyk and strt sapu2 dkt kaki sy
Saya;....................
Habis menyapu, awk cium dahi sy and cium baby dlm perut. Walaupun simple je tindakan awak, tp awak dh lenyapkan segala sakit2 belakang sy,sakit2 kaki sy,lenguh2 sy :) TQ papa!

*yg ni censored jugak.hehe


Bnyk lg situasi yg xdpt digambarkan perasaannya. Awak, bila awak ada, semua bnda nmpk mcm sng je. Everything seems easy and possible to do. Syukur Ya Allah, kau dtgkan suami kepadaku yg sebegini rupa. Allah sememangnya tahu yg terbaek utk kita. Dh bnyk pengorbanan awak terhadap sy. Sy nk jadi isteri terbaik utk awk di dunia dan bidadari tercantik utk awak di Syurga. 


Papa,
TQ for everything. U dont need to be perfect for somebody to love u, but u just need to embrace the imperfect. Doakan kami ke Jannah! :) 





 TQ papa!!!!!!!!!!

Monday, 10 June 2013

bangkok.extravaganza

Bismillah.


Salam Extravaganza! :)


Alhamdulillah,syukur ak dh setahun 7 bulan full time dlm bisnes Herbalifeku. Setakat ni, ak dh melancong ke beberapa buah negara masa buat Herbalife part time part time seldom time seldom time dulu. hehe :D Antaranya;
1. Bali, Indonesia
2. Taipei, Taiwan
3. Hong Kong
4. Zhuhai, China
5. Macao

Kali niii, kita ke....


Weehoooo, Bangkok Thailand! :)


Mmg la dekat je ngn Malaysia, tp yg paling best, ade dekat 22,000 plus minus orang dekat sana! and lagi best, semuanya distributor Herbalife all around Asia! Kecuali India ngn Korea. Kenapa?? Sebab dorg terlampau banyak distributor sampai kena buat sendiri dorg punye Extravaganza. Wah! Berpeluh dgr uolsss! :)


Alhamdulillah, di kesempatan ini, ak just nk share, a few tips yg ak selalu gunakan masa ak travel dulu2 :) hope berguna utk semua teamku yg pegy.


To-Bring-List
1. Nutritions!Of course Herbalife prdcts! jgn tggl! :)
2. Snacks. Yg ni mmg sgt perlu sbb dkt sana confirm2 susah nk mkn mknn halal. Ak dlu, 1/2 bag ak bwk mknn je. And dlu, ak tgk ade jugak yg bwk periuk nasi+beras terus! hehehe
3. Pakaian ckup utk 7 hari 6 mlm. Yg ni,xpyh la melampau sgt sampai nk bwk 1 gerobok. hehehe. tp ak suggest bwk la lbih, sbb berdasarkan pengalaman aku, kt Bangkok bnyk b*** bakar. Jadi, bau dia, fuhhhh! meresap kt baju2 and confirm kene tukar.
4. Extra Towel
5. Toiletries. Yg ni,tricky cket. kalo ak dlu, nk bwk shampoo+conditioner+body wash Herbalife, mmg susah sbb botol dia besar. Biasanya, dlm flight dorg just bg liqiud dlm 10ml-20ml je. jadi, kene tranfer dkt botol2 kecik mcm ni;
Sama jugak dgn perfumes. Boleh je kalo nk bwk botol bsr2, tp jgn msuk dkt hand luggage. kene msk dkt luggage besar.
6. Mini radio/phone yg ada radio application + charger + earphone/headphone. Kenapa? Sbb kt sana, speaker akn ckp pelbagai language. Jadi, kite akn ade translation ikut frequency and bahasa masing2 :)
7. Kasut+stokin yg selesa. Nnty kite akn berjalan bnykkkkkkk sgt!! Kite bertolak 12hb, balik 18hb. event hanya pd 14-16hb. Jadi, hari hari yg laen tu, kite enjoyyyyy!! hehe
8. Jackets/Sweater utk persediaan kesejukan
9. Universal adapter. Just in case, plug kt sana 2-pin punye plug sdgkan dkt Malaysia,kite pkai 3pin :)
10. Cash. in Bhatt eaa. :D
11. Pic before after + namecard utk ditukar2 :)
12. Bendera Malaysia. atas kehendak masing2 :)
13. Buku+ pen extra. kenapa extra??? sbb pen mmg always akn hilang!! hoho
14. Passport+itenary
15. Selipar. sbb jalan2 mlm bisanya pakai selipar je :)
16. Kamera! paling penting :) supaya korg boleh amek gmba dgn inspirasi masing2 :)


Setakat ni, tu saje yg terlintas kt dlm kepala aku. Tapi, kalo ade lg, ak akn update lg :) Just igt yg, masa naek flight, kite akn terbahagi kepada kumpulan a,b,c,d. Jadi, igt kumpuln masing2 and make sure korg xsesat dr group masing2 :) Bilik semua dh diagihkan dkt page. Sila igt bilik+roomate masing2 ea :)


Okie dokie, itu saja utk kali ni, super excited! and oh! jgn lupa bwk sling bag/handbag/pouchbag or whatsoever bag utk korg securely save ur passport with u all the time. ak xgalakkan sgt backpack kt blkg tu, sbb ak pnh kene pickpocket dr blkg. huuuu. anddd, kalo boleh, bg yg berzip ea!


Oh Oh, satu lagi! make sure, tulis nama/tanda bag korg dgn nama, alamat, fon no in case bag korg hilang dkt airport. sgt membantu ea :)


Okay, tu jeeeeee :) mke sure korg ambik gamba bnyk2 taw!



LETSSSS ENJOYYYYYYY! :)


Sunday, 2 June 2013

rumah.terbakar

Bismillah

31 Mei 2013

Tanggal yang penuh bermakna buat kami.


Rumah mak mertuaku hangus dijilat api.


Sehelai sepinggang.


Jam 2.05pagi.
Ak tersedar dari tidur. Suami pun sama. Kenapa laaa rasa susah hati sangat ni.


Jam 3.55pg.
Kami terlelap balik.


Jam 6.50pg.
Ak bangun. Mandi. Solat subuh. Bersiap2 utk ke Fit Club Dungun yg mmg diadakan setiap hari Jumaat. Entah kenapa terbangun lambat hari ni. Mungkin sbb ak tersedar+xleh tdo mlm td.


Jam 7.30pg.
Sampai di Taman Dungun dan memulakan Fit Club kami seperti biasa.


Jam 9.00pg.
Bergegas balik sbb ibu+abah ada di rumah sejak hari Rabu lg kerana dtg melawat kami.


Jam 10.00pg.
Makan bersama keluarga sebelum ibu bertolak pulang ke Kelantan. Tiba-tiba, adik ipar ak call;
Lieza(adik ipar): Zalieee....balikkkk Zalie........balikkkkkk
Tut Tut Tuttttt. Telefon diletakkan.
Response suamiku? Diam. Dalam hati, kenapa pulak suara nya mcm dlm ketakutan. Suamiku ambil keputusan utk cll jiran sebelah(Ukie)
Zalie(Suami): Hello ukie..
Yie: Lie, balik Lie, rumah kau terbakar!!!!!!
Tut Tut Tuttttt. Telefon diletakkan.
Tanpa berfikir, kami terus naik kereta, bergegas ke rumah mak. Ibu+abah kami tgglkan dulu.


10.10pg.
Sampai di Che Lijah. Jalan Jem! Subhanallah, asap berkepul2. mulut kami xhabis2 beristighfar. kereta xdpt nk msuk ke lorong rumah mak. parking di jalan besar dan suamiku start berlari sambil air mata terjurai2.


10.15pg.
Api hampir 50% dh musnahkan rumah mak. sebak dh xtertahan lg. Api membaham juga 3buah rumah yang lain. Keadaan lg buruk bila, bomba kehabisan air! Dr jaoh, dgr adik iparku meraung 'rumahhhhh terbakarrrrrr!!! rumahhhhh terbakar!!!' Ak tabahkan hati,mencari ahli keluarga. Alhamdulillah, xde sebarang kemalangan jiwa. Cuma ayah mertuaku, melecur di belakangnya kerana ingin menyelamatkan dokumen2 penting seperti kad pengenalan, passport, surat beranak, dll. Tapi, xberjaya. Api terlampau kuat. Subhanallah.


11.00pg
Api membaham rumah kelima dan bomba bertindak menyedut air dr sawah padi di belakang utk menyelamatkan rumah kelima. Alhamdulillah, 50% rumah dpt diselamatkan.


12.00tgh hari.
Bomba mnta kami mencari brg2 berharga seperti brg kemas dan sebagainya. Sedih memuncak.


Keadaan berlarutan sehingga pukul 6ptg. Kerana terlampau bnyk keluarga yg terlibat, kami seperti tidak mahu meninggalkan rumah yg mmberi seribu pengertian kpd kami.


8.30mlm.
Kami ke pejabat polis utk report kehilangan dokumen dan nilai kerugian.


11.00mlm.
Letih.tp mata xmampu terlelap. minda bagaikan xpercaya semua yg berlaku. teringat kata2 abahku ketika memeluk suamiku. 'biarlah Dia. hak Dia. biar je Dia nk ambil semua. lepaskan. lepaskan. biarkan Dia ambil' 


Allahuakbar. berat sungguh ujianMu Oh Allah. namun kami redha. Kamu msih pjgkan umur kedua mentuaku dan memberikan masa utk kami berbakti kpd mereka. Alhamdulillah. Terima kasih Allah :')







'The bigger the challenge is, the bigger the success are,insyaAllah'
Allah,tabahkan hati kami

Wednesday, 24 April 2013

nutrisi.mengandung

Bismillah


Mcm bru je post entry 2,3 hari lepas. kenapa laa TERrajin pulak update blog ni. ehehe :D


24hb dec 2012, ak disahkan mengandung anak pertama setelah 34hari ak bergelar isteri :) Estimated Due Date ak, 30hb Ogos. Mintak2 jadi 31 Ogos, biar jadi anak merdeka. Hehe. 


Dh tahu mengandung, proses mengidam+alahan pun berlaku. Alahan ak quite teruk jugak, tp alhamdulillah, bukan sampai xde rasa nk mkn lngsung. :)


Paling teruk alahan ak, adalah masa 10-14mggu. Knp teruk? Meh ak share ;p

1.Ak xboleh bau deodorant suami ak sendiri. Penyelesaian? Suami ak kene tukar deodorant. Hehe
2.Ak xboleh bau org menggoreng/memasak. Huhu. Kalo bau, pasti muntah. Penyelesaian, xde. Muntahhh je setiap kali org memasak. T____T
3.Ak xboleh bau gel rambut suami ak. Penyelesaian? Tukarrrr jugak! Hoho
4.Ak muntah tanpa warning. Haha. Yg ni mmg kelakar. Kdg2, tgh borak2 ngn suami ala2 romantik gitu, tetibe, bluekkkkk!! hehe, sorry awk,dh xromantik dh :D Penyelasaian, mkn asam ketika suasana romantik supaya xbertukar menjadi tragedi. :P


Tu lah antara alahan ak yg agak teruk masa tu. Kesian Encik Suami, semua mende nk kne tukar. Huhu. Dr segi pemakanan, mmg ak amalkan nutrisi Herbalife. Mmg sgt helpful bila ak alahan2 and asek muntah. Sampay sekarang pun ak msih amalkan lg. Mcm mana ak consume Herbalife masa pregnant? Sng je, ni rutin harian aku;

7.30pg: Herbalife Aloevera Drink 400ml
7.45pg: Herbalife Teamix 400ml
8.00pg: Herbalife Formula1 400ml
8.30pg-10.30pg: Habeskan air kosong setakat mempu
11.00pg: Buah-buahan ataw biskut jagung 2-3keping + susu segelas
12.30tgh hari-1.30ptg: Makan nasi
2.00ptg: Susu segelas+Buah
3.30ptg: Herbalife Formula1 400ml
4.30-5.30ptg: Habeskan air kosong/ Herbalife Teamix setakat mampu
6.30ptg: Biskut+air milo atau buah
8.30mlm: Herbalife Shake Formula1 400ml
9.30mlm: Buah+susu segelas
11.30mlm: Herbalife Formula1 400ml+Herbalife Omega3 2-3biji+Herbalife Calcium Plus 2biji



Jadi,setiap hari ak pasti mnum 4kali Herbalife Formula1. Nasi sekali je sehari. Ak suka buah buahan yg bnyk and ak mmg ade stok susu kt umah aku.


Masa mengandung ni, ak lg prefer flavour Tropical Fruit :) sbb ak boleh blend dgn buah2, super best! :) Tp, strawberry pun ak suka jugak, sbb ak suka cmpur ngn soya :D


Herbalife mmg sgt selamat utk ibu2 mengandung and paling best, dia complete nutrition. Kalau ak mkn and muntah balik, for sure la, ak xdpt any of those nutrition from the foods that I took, nasib baik ada Herbalife, complete semua :)


Omega3 and Calcium Plus tu, mmg ak consume sbb Omega3 ada DHA and EPA yg sgt penting utk perkembangan otak baby ak. Calcium Plus pulak ada more than enough Calcium utk bone development dia. Sepanjang ak pregnant ni,dh 2x ak scan and guess what, berkat nutrisi, doctor kata baby ak sihat walafiat and paling best, progress dia 1week early. Ak pun xberapa fhm mcm mana dgn keadaan progress tu, tp yg ak tahu, dia sehat+cukup nutrisi :)


Berpantang nnty, ak mmg nk berpantang dgn Herbalife, nk jadi Hot Mama. Hehe :D


Itu saje perkongsian aku kali ni. Semoga bermanfaat :) Anyone yg nk consume Herbalife utk Preganancy Nutrition, please jgn segan tnye je :)



Tuesday, 23 April 2013

raja.hilang.jari

Bismillah


Entry kali ni mgkin berlabel motivasi :)


'Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan'- Surah Al-Insyirah,ayat kelima


Korg pernah x bersyukur kalo ditimpa kemalangan/musibah/malapetaka/penyakit?? Contoh, korg demam, apa yg korg buat? Ada x korg g buat sujud syukur atau ucap 'Alhamdulillah,aku demam' :) Pasti x, sbb ak sendiri pun x. hehe. Kalo ak demam, mesti ak duduk diam, mkn shake bnyk2 and bnykkan berdoa supaya sembuh, tu je. Ak pasti, korg pun sama. Kan?


Baru2 ni,ak ade beli satu buku, tajuknya 'The Law of Universal Attraction'. Ak suka sgt buku ni sbb dia mengajar ak utk menjadi insan yg lagi baik.


Katanya, syukur itu harus, walaupun kita ditimpa musibah. Mula2, ak pun xfaham, cane nk syukur bila kita ditimpa musibah?? xkan la bila diri kita tetibe ade kesulitan, contohnya, tuan umah sewa nk naekkan sewa umah, kite ckp 'Alhamdulillah,syukurrrr tuan umah nk naekkan umah sewa' Huhu. ak mmg btul2 xfhm. Tp, cbe korg ahayati cerita ni;


Kisah Raja Yang Terputus Sebatang Jarinya

Disebutkan cerita, ada seorang raja yg hidupnya suka menyelami perasaan rakyat jelatanya. Disebabkan sifatnya itu, pada suatu hari dia cuba membuat kerja2 berat mggunakan alat2 seperti gergaji,penukul,paku dan pahat. Tanpa disangka, dia terpotong jarinya sendiri. Ketika rakyat jelata dtg melawatnya, penasihat beliau cuba mmberikan nasihat kpd raja itu supaya bersabar dan apa yg berlaku pasti ada hikmah. Raja itu berasa marah krn dianggap penasihat itu tidak merasakan apa yg dirasai olehnya. Dia sudah cacat, masakan lg penasihatnya inginkan dia bersabar. Penasihat itu dipecat dgn serta merta. Beberapa bln berlalu, beliau ingin mengembara ke dlm hutan krn ingin menghiburkan hatinya yg sedih. Beliau bersama beberapa org suruhannya msuk ke hutan dan sekali lg kejadian malang berlaku, mereka terjumpa dgn kaum org asli lalu mereka semua ditangkap dan dijadikan korban orang2 asli tersebut, kecuali, Raja itu seorang shj. Kenapa? Hanya krn beliau cacat, beliau dianggap tidak layak menjadi korban. Beliau pulang ke istana dgn suka hati, kini beliau sedar akan hikmah jarinya yg putus. Sekembalinya beliau ke istana, beliau memanggil kembali penasihatnya dan bercerita tentang hal itu. Beliau menyesal memecat penasihatnya dan beliau mengambilnya bekerja kembali. Beliau kemudian betanya, 'Hai penasihat, kalau ak hikmahnya begini, apa pula hikmah ak memecat engkau?' Dgn tenang dan tersenyum, penasihat itu menjawab, 'Kalau tuanku tidak memecat patik, pasti patik pun menjadi mangsa korban orang2 asli, wahai tuanku'. Raja itu tersenyum :)


Korg fhm x? :) sbb tu, Allah trunkan ayat Al-Insyirah kelima tu. Sbb setiap kesusahan yg Allah trunkan tu, ada kebaikannya. Cuma kita sebagai hambanya, xnmpk. Sbb tu, bg setiap kesulitan kita, kita harus bersyukur. Allah tu kan Maha Pencipta kita, pasti dia tahu yg lg baik utk kita. Kdg2 Allah xmakbulkan doa kita, sbb Allah sudah tahu, bukan itu yg kita perlu. 


Allah hanya bg apa yg kita perlu, bukan apa yg kita hendak.


Allah kan Maha Mengetahui, jadi kenapa kita xnk bersyukur dlm setiap apa yg Allah jadikan. kdg2 Allah jadikan kesusahan sbb dia rndu nk dgr suara kita meminta2 dr Dia. Kenapa? Cbe kalo korg dpt bonus? korg buat apa? Shopiiiinggggggg!! Gembira gembiraaaa!! kannn?? Kalau kita skit? Duduk kt rumah diam2, dan berdoa. Jadi, logiklah, kalau Allah rndukan kita, dia dtgkan ujian cket kt kte, nk dgr kite doa kt dia. :) Oleh itu, jom lps ni, dlm apa jua keadaan yg Allah bg kt kte, kte syukur setinggi2nya kpd Allah S.W.T :)


Untuk menguatkan lg rasa syukur ak kt Allah, ak buat buku ni;




Setiap hari, ak akn tulis dlm buku ni 5 hingga 7 perkara yg mmbuatkan ak syukur setiap hari :) Alhamdulillah, dh 2 hari konsisten, Doakan ak lbih konsisten ye! Korg nk join jugak? Jom! :)


Okay tu je, jmpa lg! :)


Sunday, 7 April 2013

makanan.pelik

Bismillah.


Hari tu ak ade post entry pasal perangai pelik ketika ak mengandung kan? Kali ni, ak nk post pasal mende pelik jugak, tp makanan pelik.


Makanan pelik??


Kalau anda seorang ibu/emak/mama/bakal ibu tentu pernah rasa mende ni


Mengidam.


Hehe.


Ak disahkan mengandung sebulan selepas ak kawen dan usia kandunganku ketika tu dh 4mggu. Bahaha! Laju! Ekspress punya, tarak kasi can! Hehe. Bunting pelamin katakan. Hoho. Mungkin sbb ak dh lama amalkan nutrisi Herbalife, subur. Hehe. Syukur


Tp tu bukan point ak. Point ak, nk cte pasal mende2 pelik yg ak mengidam.



1.Nasi goreng

Haaaaaa,xpelik lgsung kannnn?? hahaha. Mmg la nasi goreng tu tidak mjadi sesuatu kepelikan tp cbe korg amati suasana ni. Kul 1pg, Encik Suami tdur nyenyak sudah. Tetibe, ak bgn dr tdo, kejutkan suami aku, 'By,nk nasi goreng!' Kul 1pg kottt! Suami ak sedar xsedar je terus cakap, 'Okay,boleh2, esok ea kita beli' Reaksi aku?? Menangisssssssss!!!! macam budak yg xdpt beli mainan kt kedai tu. Ak nangis teresak2, air mata mencurah curahhhh. Mcm sedihhh gile perasaan ak time tu. Ak ckp kt Encik Suami, 'Nak nasi gorenggggggg, nakkk' Adoy, Encik Suami ak pun pelik ngn perangai ak tu. Tapi dia terus bgn, kain pelikat pun kain pelikat lah, strt moto, cari nasi goreng. Hehe. Seb baek ade. Fuhhh!


2. Ais Krim
Yesssss, yg ni pun xpelik jugak. Tapi, yg menjadi kepelikan nya ketara adalah... Jeng jeng jeng. Pada suatu pg, ak bukak mata je, lps bgn tdo, dlm kul 7pg cenggitu, Encik Suami ak pun bru2 nk bukak mata. Baru jeeee celikkk ni, tetibe, keluar dr mulut ak, 'By,nk aiskrim!' Melopong suami ak! 'Aik?awak mmpi aiskrim ke apa ni? Pagi2 lg mntk aiskrim?' dan yg paling kelakar, ak siap ckp, nk aiskrim yg ade biji2 mcm kacang, boleh gigit2 tu, yg bila kite mkn boleh rasa krupp krupppp tuuuu. Hahaha. Gtaw je la nk yg mahal, Cornetto kan??? Hahahaha. kelakar2. Dpt gak aiskrim tu, seb baek 7e bukak 24jam. Haha














3.Susu Lembu

Haaaaaa,kenapa ak letak 2gamba??? Alkisahnyaaaa pasal susu lembu ni,cenggini. Pada suatu hari, ak mntk ngn Encik Suami ak, "By,hmmmmmm,kenapa la rasa mcm nk mnum susu lembu je ni?' Berkias2 dlu ngn Encik Suami. Encik Suami ak yg dh paham sgt tu, ckp, 'Okay,nnty sy g beli'. 'Susu lembu yg full cream ke low fat?' Ak ckp, 'Hmmmm, mcm nk yg full cream, alaaa, yg ade gamba lembu tu. Sedap agaknye kan by?' Ak sebenarnya jarang sgt mkn susu lembu full cream, ak suka lowfat punye. Buat Shake Herbalife pun, ak pakai lowfat. 'Ha,yelah' jawab Encik Suami. Maka, dgn serta merta, dia g ke kedai beli susu. Nk dijadikan cerita, kt kedai tu, ade pulak 2 brand susu lembu, mcm yg kt atas, 1,dutch lady. 2,marigold. Hah, sudah. Encik Suami ak dh konpius. Maka Encik Suami ak, buat tindakan bijak dgn mmbeli kedua2nya. Taraaaaaa! korg nk tawu apa yg jadi??? Ak mmg minum yg ada gamba lembuuuuu je! Ak pun xtahu knp, rasa dia sama je xsilap ak. Tp, ak dh kata, nk yg ade gamba lembu, mmg yg tu lah ak mnum kan. Yg 1 lg?? Pandang pun xingin! Hahahahaha,pelik pelik.


4.Telur penyu


Ha, yg ni boleh dikatakan paling pelik atas dunia! Haha. Mengidam telur penyu. Nasik baek lahhhh, ak ni duk kt Terengganu. Kat pasar Dungun ni je pun dh boleh cari, tp boleh thn lah harganya, 3biji RM10! hehe. Encik Suami ak belikan 6biji semuanya, Ak rebus, dan mkn sorang2 dlm bilik! Bahahahaha! Sedappppp! :D


Kalo nk diikutkan,bnyk jugak lah ak mengidam sampay ak lepas 3bulan pertama. Aiskrim jagung, kuih muih tradisional, buah cermai, mcm2 lah. Tp 4 mende yg ak cite ni mmg ak xleh lupa. Hehe.


Kpd suami2 di luar sana,bakal2 suami, kalo isteri mengidam, ni antara tips2 yg ak boleh share;
1.Jgn delay! Dia ckp je, trs kene g cari. Pukul 4pg ke, 2pg ke, xkesah la pukul brp pun, korg mesti kene g cari masa tu jugak.
2.Cari betul2 ikt apa yg dia ckp dia nk. Kalo dia nk yg ade gmba lembu, mesti beli yg ade gamba lembu. Kalo xde jugak, korg pandai2 la lukis.
3.Jgn kisah sgt harganya. Kalo mende tu mhl sekalipun, sekali sekala apa slhnye. hehe
4. Jgn pernah give up kalo xjmpa. Mcm telur penyu ak tu, tggu 3hari bru dpt. Tp selagi xdpt, selagi tu lah bini2 kamu akn mengidam. Jadi,berusahalah! :)


Okay, tu je entry utk kali ni :D Kpd Encik Suami, betapa bsr pengorbanan awak, Terima kasih! :)


Gamba lama, honeymoon :) 

Sunday, 31 March 2013

geli.geli.perut

Bismillah.


Weeeeehoooooooooooo!




Korang pasti penah tgk katun Spongebob kan? Ha, mcm ni lah rupa ak, bila ak dpt tau perkara ni. Korang nk tawu apa??


Rasa geli perut.


Apa?


Geli perut?


Baby tendang!


Subhanallah. :)


Rasa mcm xleh nk ungkapkan perasaan seorang wanita, bila first time rasa baby tendang. Hehe. Ceritanya;


Kul 12.30mlm.
Aku dan Encik Suami, buat kerja biasa lah, selepas pnt seharian berbisnes, lepak2 dpn tv. Bila ak dh ngntuk je, ak mengiring ke kiri, peluk bantal dan berhajat nk lelapkan mata. Encim Suami lak g dapo. Tetibe,


Dapp!


Konfius.


Kenapa perut ak geli geli ni??


Dukkkkkkkk!!!


Dgn kuat sekali! Ak pun apa lg, 'Byyyyyyyyyyyy!!!!!!' Jerit kuat2 pggil Encik Suami. Encik Suami ak lari mcm nmpk hantu dr dapo, tnya, 'Apa? kenapa???' Disebabkan ak xpasti, ak hanya sengihhhhh mcm spongebob kt atas tu dkt suami ak. Suami ak lg laaaa konpius. 'Dh awak ni kenapa, sy igt ada pape, pnye la sy lari laju2, dtg cni, just nk tgk awk senyum mcm kerang busuk je???' Encik Suami ak dh strt nk membebel. Ak dgn lajunya potong line dia sebelum dia buat khutbah Jumaat kt aku, 'Baby tendang!' Melopong suami ak. 'Yekeeeeeeeee????' semangat dia letakkan telinga dia kt perut ak. ada la dkt 5mnt dia buat cenggitu. Tp, baby diammmmmmm je. Akhirnya Encik Suami give up. Hehe.



Ha,mcm ni lah gaya ak tdo mlm tu. Haha. Sengih sampay ke telinga :)


Syukur, now dh dkt 5 bulan, lg la kerap dia tendang menendang, Yg ak sgt perasan, dia teramatlah aktif bila;
1.Aku mkn shake. Suka sgt shake strawbery and tropical! hohoho
2.Ak tgk kartun. ak pnh ptg2 rehat dpn tv smbil tgk dora the explorer dgn katun diego tu. masa tu Ya Allah, mcm menari2 kt dlm perut. Haha. Suka tgk tv agaknya baby ni kan. hehe


Alhamdulillah.


O Allah, kurniakanlah tahap kesihatan yg baik kpd ku dan bayi ku. Jadikanlah dia bayi yg sempurna fizikal dan mentalnya. Sihatkan lah dia sebagaimana hamba2Mu yg lain O Allah. Jadikanlah dia anak yg baik, cantik, mendengar kata, anak yg tidak pernah ingin ingkar akn segala suruhanMU, anak yg suka utk membuat segala sunnah2 NabiMu, anak yg taat kpd kepada kedua ibu bapanya. O Allah, jaohkan lah kami bertiga dr sebarang niat2 jahat jin, syaitan dan manusia, jaohkanlah kami dr sebarang musibah, malapetaka dan penyakit O Allah. Kpd Engkau shj lah tnpt ak berlindung.


Ameen.


Ak bersyukur krn setakat ni,ujian ak xbesar. Dikesempatan ini, sy mntk semua utk doakan yg terbaik buat sahabat baik sy yg bru shj kehilangan bayi di dlm kandungan. Allah ada perancangan yg lg baik, InshaAllah.


Wassalam.


Sunday, 24 March 2013

makan.racun

Bismillah.


Selamat pagi! :)


Hari ni punye entry xtahu nk labelkan apa. Huhu. Masalah epidemik global kot. ;p


"You are what you eat"


Atau dalam bahasa melayu nye, Kita adalah apa yg kita makan.


Aku tgk sekarang, masalah obesiti/lebih berat bdn dlm kalangan kita makin menjadi2. Agak2, kalo yg turun bas tu ade dlm 10 orang, pasti 6/7 org yg terlebih berat. Hampir 75% . Kalo ikut statistik tu ak xtahu la sbb ak mmg xpandai nk search2 pasal statistik ni.




Ha, adohai. doktor bg nasihat utk org2 trn kan berat bdn tp, doktor sdiri pun 2x5 jugak. Hehe. Bukan nk ckp semua doktor mcm ni, tp ade yg segelintir mcm ni, kalo kt tmpt ak pun, misi(nurse,kt cni ak pggl misi,hehe) yg cek gula dlm drh tu pun same jugak dgn pesakitnye, cek gula dlm drh 2x smggu jugak. Huu.


Risau.


Sape yg x risau kan? Sekarang, budak2 umo 12 tahun pun dh ade yg obesiti.



Mana x nye, sindrom fast food sekarang menjadi jadi And ak tgk, xtahu la sbb faktor fast food ni mahal ke, faktor fast food ni susah nk dpt, ataw mgkin faktor fast food ni sedap, ramai parents yg menggunakan sistem 'reward' tanpa menyedari yg dorg sebenarnya tgh contribute towards anak2 dia utk jadi obese.

Situasi 1
Anak umur 8 tahun, sdg menduduki exam akhir tahun.
Anak: abah. kaklong nk dpt A dlm bahasa melayu.
Abah: wahhhhh! yeke?? okay,kalo kaklong dpt A, abah reward kaklong mkn McD!
Anak: yayyyy!

Secara x langsung, somehow kite telah develop satu perasaan bahawa Fast Food tu sesuatu yg diagung2kan kpd anak2 kite. Kenapa kite x reward Basikal ke? Buku ke? Ataw something yg mgkin anak kite akn enjoy like Music Class? Self-Defense Class? Much better kan? Hmm


Anak ni, adalah menjadi tugas kite utk mencorak. Kalau dr kecik kite ajar all those Junk Food tu sedap, something tht is so good tht it could act as an reward, superbly best, mmg mcm tu lah anak kite bile besar nnty.


Tu baru bahagian kanak2, cbe tgk bahagian remaja2 kita pulak. Ramai sekarang, yg kahwin tp susah nk conceive. which i think, most of them probably because they are obese. Mgkin xsemua, tp ramai yg mghadapi masalah ni. Pada pendapat aku, number 1 major cause is;


Excessive food intake
Mmg terlebih2 makan. and mknan pulak, low in nutrition, high in sugar. Hmmm. Yg kedua, yg ramai org xsedar is;

Skipping breakfast 
Orang xtahu bahawa skipping breakfast is soooooo not good. Tp ramai org buat sbb xckup masa. Tp bila breakfast pulak, ambik mkanan yg not healthy. Hmm


Ak rasa tu la punca utama masalah global sekarang. Kalo dlu, pg2 org mkn lempeng sekeping, pastu g membajak sawah padi, makanan pulak semuanya organik, mostly bebas racun, xde cucuk2, sekarang 20 kali ganda beza nya, Ak pernah jmpa sorg makcik ni, yg nk strt prgram dgn ak, katanya 'makcik ni xtahu dh nk mkn apa, kt luar tu, semuanya racun!' semangat dia ckp



Ala2 cenggini la kn semangat nye, tp beza nya makcik tu pakai tudung lah. Hehe

Sekarang, org makan roti canai, tp bukan g membajak sawah bagai, g keje dlm ofis yg ade aircond lg. haiii, mana la x tmbh fat kan. kalo x roti canai, nasi lemak. kalo kt tmpt aku, nasi dagang. hadoyyyy. Bg aku, kesihatan ini adalah anugerah yg xterkire habatnya, Cuba kalo kene sakit perut cket, ya Allah, xleh nk duk diam dh kan? tu bru sakit prut. kalo kene yg lg berat mcm mana? so, jagalah kesiahatan, It is never too late. Baik strt sekarang dr xstrt2 smpai bila2 kan? :)


Anyway,tu saje utk entry kali ni, panjang cket tp insyaAllah memanfaatkan semua. Okay, jmpa lg next entry! :) Btw, sape2 nk strt prgram, please lemme know. isi borg tu je. Utk tahu maklumat prgram pun boleh. Sy jurulatih bertauliah,jgn rsaw. hehe :D


Salam.


Thursday, 21 March 2013

perangai.pelik

Bismillah.


Hari tu entry pasal kawen kan? Kali ni entry pasal kehidupan lepas kawen. hehe


Sounds sgt bosan kan? Bahaha.


Anyway, korg pernah x rasa mcm ni?


"Dulu ak rasa xde pun perangai gini, sekarang kenapa ak jadi cmni ea?"


Haaaaa, penah x? Haha

Aku ade! ak nk cerita pasal perangai perangai pelik ak bila dh jadi isteri orang ni. Perangai yg sebelum ni xde pun, tp lpas kawen, bru develop. Ataw mgkin ak yg xsedar sebelum ni ak mmg dh ade perangai2 ni, tp bile kawen bru sedar. Kihkih


Antara2nya;

1. Suka basuh pggan
Hahahaha. Mmg ak mengaku, kalo dlu, mmg ni lah antara keje rumah yg paling ak xsuka. basuh pggn. Habesss kasar tgn i taw u~~ Bahaha. Xde lah, mmg ak jenis xsuka bsuh pggn dlu. Kalo kt rumah ibu tu, boleh kire lah bpe kali sebulan ak tlg ibu bsh pggn. Seb baek la laku gak~ =_'= Tapi, lepas kawen ni, mmg xley nmpk pggn kotor cket dlm sink, terus basuh, jarang la tggl. Ade jugak tggl, tp bile ade masa+kudrat je,ak terus basuh. Huu. Kalo dlu, mmg jaoh panggang la dr api. Haha. Ini perangai biasa2 je, ade lg


2. Membebel
Agaknye,semua isteri akn develop ke perangai ni?? Haha. Kalo mase ak kt Uni dlu, ak rasa ak ni xde la kuat bebel. boley dikategorikan sebagai pompwan yg biasa2 je la. Ke sbb ade kwn ak yg lg kuat mmbebel menyebabkan ak dikategorikan sebagai org yg kurang cket mmbebel? Adoyai, konfius sudah! Tp,mmg ak perasan lah, bila dh kawen ni, membebeeeeeeellll aje. Suami letak baju merata, membebel. Suami buat sepah cket je, membebel. Adoy, ni mmg tabiat yg kene ubah. Pasni dh tekad, nk bebel cket2 je. Hehe. Time kasih Encik Suami sbb saba ngn kite! ;) 


3. Yg ni mmg sgt lucu, berdengkur! Haha!
Yessssss! Dulu, ak xpnah hayat hidup bdengkur bila tdur. Kire ak ni jenis yg senyap je bila tdur. Xbnyk bergerak pun. Kalo ak tdur mengiring, mmg bgn pun mengiring lah. Tapi, sekarang! Haha. xyah cite lah. Tp, masa mula2 Encik Suami ckp mcm 2, ak dgn macho nye ckp 'Eh,mana ada. sy xpernah dengkur taw time tdur' Rupa2nya, Encik Suami ada rancangan yg paling kejam atas dunia. Video Recording masa ak tdo!! Haha. Mase tu, mmg kami berdua gelak bagai nk pecah perut bila tgk balik! Siap hentak2 kaki ke lantai. Mmg lawak gile lah. Tp besok mlm nye, ak delete terus!! Hahaha. Ak pun xtahu la knp, tp bile tnye org yg lg tua, dia ckp penat sgt tu. sbb bkn setiap mlm ak buat aktiviti berdengkur ni,ehem~ Mgkin jugak. Pnt buat kerja sekeliling rumah+penat berbisnes+penat mcm2 lg. *ayat cover line. haha. 


Ok dh, tu je. xleh list bnyk2. nnty korg gelak guling2 lak. Haha.

Encik suami dh balik,nk suh dia baca+approve dlu. Baru boleh post. Agak2,kalo ade video ak tu, mesti dia upload. Yes,mmg lgkah baik utk ak delete video tu. Bahaha.

Ok bye! :)

Monday, 18 March 2013

nikah.kawen

Bismillah.

Subhanallah, punye la lama tinggal blog memblog ni. Dh lupe dh cane nk tulis blog. ahahaha. almaklum lah, buat2 sebok je memanjang. haha :) anyway,




HELLLLOOOOO DUNIIIIAAAAAAAA!

Ni bukan gamba baby sesape, jaoh lg aku yg punya. haha. ni just gambaran aku nk gtaw yg dh 9bulan ak xupdate blog ni. hehe. akhirnyaaa, update jugak. mcm baby ni la, 9 bulan bruuuu keluarrrrrr, hehe :D


Okay,back to the topic, kalo baby, dlm mase 9bulan, dia bnyk mmbesar, mmbesar dan mmbesar. ak pulak, bnyk yg happen in my life. up and down in bisnes, suka dan duka dlm hubungan, pahit manis dalam kehidupan,dan bnyk lg lahhhh! hehe. 


Last time ak update, ak masih lg seorang anak dara cantik yg cun melecun kan? bahaha. Skng, ak dh jadi isteri orang. Alhamdulillah, ak dh nikah dgn Encik Tunang yg sekarang ak panggil Encik Suami. hehe :D


NIKAH

Sape kate kawen sng?? mmg x sng lah, bnyk sgt dugaan nya. Kalo dlu, tgk gamba org kawen, rasa mcm nk kawen sekarang jugak! kann?? haha. tp bila dh kawen, thts ur real life begin :) Alhamdulillah, sekarang dh 4bulan lebih kami kawen :) tapi, bg sesape yg dh kawen, tahu lah betapa bdebarnya perasaan seorang perempuan yg ingin dinikahkan.



Aku yg tgh berdebar tunggu Encik Tunang lafazkan akad nikad untuk tukar title jadi Encik Suami :D

BERDEBARRRR WOOOOO!

Alhamdulillah, kami selamat diijabkabulkan pada 21.11.12. :) Sekali lafaz saje, syurga ak berpindah dr telapak kaki ibu ke telapak kaki suami. huuuu.






Dengan bermaskahwinkan 10 Dirham, aku dh sah menjadi Isteri kpd Encik Suami. Syukur :')

Melyari bahtera perkahwinan bukan sng, tp seronok! :D InsyaAllah, ak nk jadi mcm Saidatina Khadijah Khuwailid. Itu cita2 aku. Aku dgn suka hatinya nk menhabiskan entry kali ni dgn kisah Saidatina Khadijah dan Nabi junjungan kita, Nabi Muhaamad S.A.W. Saidatina Khadijah bercinta dengan Nabi Muhammad  S.A.W selepas berkahwin dan dikatakan cinta Nabi Muhammad kpd Khadijah begitu mendalam sehinggakan, setelah Saidatina Khadijah meninggal dunia, salah seorang sahabat Saidatina Khadijah, Nafisah Binti Muniyah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W,

'Ya Rasulullah, mengapa Engkau tidah menikah yang lain?'

Nabi Muhammad S.A.W menjawab sambil menangis.

'Masih adakah orang lain yang seperti Khadijah?'

:) Begitu mendalamnya cinta Nabi Muhammad S.A.W kpd Saidatina Khadijah. Jika Allah tidak memerintahkan Nabi Muhammad utk bernikah, maka pastilah Beliau xkan menikah untuk selama2nya.


Aku pun nak mcm ni :)

InsyaAllah.

Okay tu je, jmpa lagi! :)


Untuk gamba lg, boleh melawat ke facebook account saya, Mia Amira